MEE
Resepi Mee Bandung Muar | Resepi Asli
![]() |
gambar hiasan |
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering - buang biji, rebus, toskan
1 labu bawang putih - diketuk
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering - direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus - dipotong nipis
Sawi - dipotong
Kobis - dihiris
¾ cawan gula pasir
4 cawan air rebusan daging
1 sb sos tiram
Telur ayam
Garam
Minyak msak
Bahan-bahan lain (optional):
Telur rebus - belah dua
Isi ayam - direbus
Pelbagai jenis bebola (sotong, udang, ayam, ketam) - direbus
Bunga kobis - dicelur
Daun sadri - dipotong
Daun bawang - dipotong (hiasan
Cara Penyediaan:
1. Kisar cili kering, udang kering bersama air rebusannya, gula, bawang putih dan bawang merah.
2. Panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bahan bahan yang telah dikisar, sekejap sahaja.
3. Masukkan sos tiram, dan masukkan udang, daging rebus.
4. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging serta garam, biar seketika sehingga menjadi pekat.
Tips: Cara penghidangan mee bandung ini adalah secara satu-satu pinggan untuk satu (1) orang makan.
2. Didalam kuali berasingan, panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.
4. Masukkan ke dalam mangkuk atau pinggan, letak telur rebus di atas, taburkan daun sup, daun bawang.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
Maaf kata, mee bandung muar msuk sos tiram? Kobis? Mana ada.... x pnah umur sy duk muar mkn atau masak mee bandung muar ada sos tiram atau kobis
BalasPadamTerima kasih atas maklum balas encik msokenu tersebut, bagi saya memasak mee bandung ini adalah satu kreativiti sendiri dan ini adalah perkongsian dari saya sahaja sekiranya tidak mahu, tidak perlu dimasukkan.
Padam