MAKANAN LAUT,
Resepi Mee Ketam | Mudah dan Sedap
Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ekor ketam saiz sederhana - (dipotong 2)
1 biji telur
Beberapa jenis sayur yang digemari
5 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sbr sos tiram
1 sk serbuk secukup rasa
1 sk sos sotong (Nampla)
2 sb cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:–
4 biji tomato saiz sederhana
1 mangkuk kecil udang kering
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 cawan air
Cara Penyediaan:
1.Panaskan kuali masukkan minyak masak dan tumis cili kering kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan bahan kisar.
2. Masukkan air, kemudian masukkan ketam.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, sos sotong, serbuk secukup rasa, garam dan gula secukupnya.
4. Setelah ketam masak, masukkan sayur-sayuran dan kacau.
5. Pecahkan sebiji telur dan kacau.
6. Asingkan ketam dan sayur-sayuran dari kuah.
9. Tinggalkan kuah di dalam periuk dan masukkan mee kuning dan tunggu sehingga mee masak.
10. Masukkan mee kedalam pinggan bersama ketam dan sayuran tadi. Tuangkan kuah ke dalam pinggan.
11. Hidangkan bersama daun sup, dau bawang dan hirisan cili merah.
Selamat Mencuba
0 comments: