IKAN,

Resepi Ikan Celup Tepung | Mudah dan Rangup

11:43 PG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:



500gram ikan kembung - dibersihkan dan tos

1/2 paket tepung beras
1 biji telur ayam - dipukul 
1 sb serbuk kunyit
2 sb air kapur makan
Garam secukup rasa
Air ais secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Penyediaan:



1. Di dalam satu mangkuk masukkan tepung beras bersama serbuk kunyit dan garam, gaul sebati.



2. Masukkan air ais (mengikut kepekatan yang sesuai).



3. Masukkan air kapur telur yang telah dipukul dan gaul sebati.



4. Panaskan kuali masukkan minyak masak (untuk hasil kerak yang cantik tunggu sehingga minyak masak betul-betul panas sebelum menggoreng), celup ikan ke dalam adunan tepung tadi kemudian goreng dengan menggunakan api yang sederhana.


5. Setelah garing, angkat dan toskan minyak.

6. Siap dan boleh dihidangkan bersama sos cili.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook