NASI
2 cawan air
Resepi Nasi Minyak | Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
(Resepi untuk 10 orang)
10 pot beras Basmathi
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - diketuk
1 cawan kismis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih 4
5 biji buah pelaga
1/2 keping gula nisan/gula melaka
Garam secukup rasa
Pewarna oren
4 sb minyak sapi
4 sb minyak jagung
Bahan kisar:-
4 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
Cara Penyediaan:
1) Basuh beras bersih dan rendam 20 minit pastu tapis, letakkan beras ke dalam periuk nasi (rice cooker).
2) Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan rempah 4 sekawan, masukkan bahan kisar, daun pandan dan serai, tumis sehingga wangi.
3) Masukkan air 10 sukat ikut sukatan beras dan gula nisan/gula melaka serta garam, bila dah mendidih tuangkan dalam beras dan masukkan kismis.
4) Bila nasi sudah masak buatkan banyak lubang dan titikkan pewarna, kemudian tutup semula dalam masa 10 minit, seterusnya gaul nasi secara perlahan-lahan sehingga pewarna sebati dan sekata.
Bahan-bahan:
2 ekor ayam - dipotong 12 bahagian
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1/2 keping gula nisan/gula melaka
Gula pasir secukup rasa
Garam secukup rasa
1 cawan sos cili
1 cawan sos tomato
1 tangkai daun sup
1 tin kacang pea
3 sb minyak masak
3 sb minyak sapi
Bahan kisar:-
1 mangkuk cili kering kisar (kisar asing dengan bawang)
5 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
3 inci halia
Cara Penyediaan:
1) Basuh ayam sehingga bersih dan toskan, lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian goreng sehingga setengah masak, ketepikan.
2) Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan bawang kisar sehingga wangi.
3) Masukkan cili kisar, tumiskan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan 3 cawan air, seterusnya masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam dan daun sup, perlahankan api biarkan sehingga mereneh, bila sudah masak taburkan kacang pea.
Bahan-bahan:
300 gram daging - dihiris nipis
2 cawan kacang dhal - direndam selama 1 jam
1 kotak santan kecil
5 sb rempah kari - dibancuh bersama air
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 keping gula nisan/gula melaka
Garam
3 sb minyak masak
3 sb minyak sapi2 cawan air
Bahan kisar:-
20 tangkai cili kering - direbus
4 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan sayur:-
7 batang kacang panjang - dipotong panjang 4 cm
4 biji terung - dipotong dadu
8 biji kacang bendi (optional)
1 batang lobak - dipotong dadu
1 biji kentang - dipotong dadu
5 biji lada hijau - dibelah 2
Cara Penyediaan:
1) Panaskan minyak masak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan wangi, masukkan pes serbuk kari dan rempah 4 sekawan.
2) Masukkan 2 cawan air dan daging, bila daging sudah empuk masukkan kacang dhal, kentang dan lobak.
3) Masukkan gula, garam secukup rasa, santan dan semua bahan sayur, perlahankan api dan kacau perlahan-lahan.
4) Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi dan ayam masak merah.
Selamat Mencuba
4) Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi dan ayam masak merah.
Selamat Mencuba
0 comments: