DAGING
Resepi Daging Masak Hitam Sarawak | Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
1 kg daging - dipotong dadu sederhana besar
100gm gula merah
150gm kismis hitam
30gm kerisik
Kicap pekat secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan
kisar:-
15 tangkai cili kering - direbus
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
Bahan
tumis:-
100gm rempah kurma
3 biji bawang merah - dihiris
2 biji buah keras - diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Cara Penyediaan:
1. Perapkan daging bersama kicap pekat dan gula merah dalam masa 30 minit.
2. Kemudian panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan daging perap tadi dan masak sehingga daging empuk.
5. Akhir sekali, masukkan kismis dan kerisik. Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Masak sehingga kuah pekat, siap dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak.
Selamat Mencuba
0 comments: