IKAN,

Resepi Gulai Kuning Nenas Ikan Masin

8:52 PG mridzuanismail86 0 Comments

Gambar Hiasan

Bahan-Bahan:
Nenas sebiji (kupas, potong nipis dan rebus sekejap)

Santan dari sebiji kelapa parut

Serai sebatang
Bawang besar sebiji
Cili kering yg siap rebus dalam 5 biji
Cili kecil merah 3-4 biji
Cili kecil hijau 8-10 biji
Cili besar sebiji
Ikan masin
Serbuk kunyit
Garam

Cara Memasak:
1. Isi nenas dipotong nipis, kemudian direbus seketika. Angkat dan toskan air nenas. Buang air nenas tu, jangan di ambil, tajam.
2. Tumbuk bahan-bahan seperti bawang, segala cili, kunyit serbuk/kunyit hidup hingga lumat. Kemudian, masukkan serai dan tumbuk sedikit supaya pecah (jangan tumbuk sampai lumat).
3. Dalam periuk (jangan buka api lagi), masukkan nenas bersama dengan ikan masin. Selepas itu, tuangkan santan dalam periuk serta masukkan rempah yang kita tumbuk tadi.
4. Barulah buka api dan masak bahan dalam periuk tadi hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan perisa. Siap untuk dihidangkan.
sumber : resepibonda

0 comments:

Like Us On Facebook