MAKANAN LAUT,
Bahan-bahan:
Resepi Sambal Kerang | Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
300gm isi kerang
1/2 biji bawang besar - di[otong nipis
Sedikit belacan
2 sb air asam jawa
1/2 keping gula melaka
Gula dan garam
Minyak masak
Bahan kisar:-
20 tangkai cili kering - rebus dan toskan
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Penyediaan:
1) Isi kerang dibersihkan dan ditoskan.
2) Panaskan kuali masukkan minyak masak dan tumiskan bahan kisar, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan belacan. Kacau lagi dan seterusnya masukkan gula melaka dan air asam jawa.
3) Masukkan isi kerang, kacau lagi sehingga masak, kemudian masukkan gula, garam dan bawang besar yang telah dipotong nipis.
4) Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi lemak.
Selamat Mencuba
0 comments: