IKAN,

Resepi Ikan Keli Sambal Berlada | Mudah dan Sedap

4:30 PTG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan


Bahan-bahan:

10 ekor ikan keli  
1 sb sos ikan
Garam
Gula 
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak


Bahan kisar kering:

6 biji cili (merah) 
5 biji cili padi (hijau)
5 biji cili padi (merah)
6 tangkai cili kering - dibasuh dan direbus.
2 biji bawang besar - dibelah empat
6 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara Penyediaan: 

1.  Selepas ikan keli dibersihkan dan dikelar, lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul rata.  

2.  Panaskan kuali masukkan minyak masak, gorengkan ikan keli sehingga garing, angkat dan toskan, letakkan di atas pinggan yang sesuai.

3.  Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing, kemudian tuangkan 1/2 cawan air, sos ikan, garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa, seterusnya kacau lagi dan masak sehingga bahan-bahan tadi kering sedikit.

4.  Kemudian tuangkan sambal telah masak tadi di atas ikan keli tadi.

5   Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook