AYAM

Resepi Ayam Masak Merah

9:35 PG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam - digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak

5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1 biji cili merah - diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai - dititik

Bahan tumbuk lumat:

1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara:

~Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
~Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
~Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
~Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
~Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
~Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu.
~Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Like Us On Facebook