AYAM

Resepi Ayam Kicap Madu | Mudah dan Sedap

9:52 PG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan Bahan:

1 ekor ayam - dipotong 12 bahagian
1 bawang besar - dihiris
3 helai daun bawang
2 biji buah tomato - dibelah 4
10 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
2 sb madu
1 sb manis
1 sb gula merah / gyla melaka
1 biji cili merah - dihiris
Garam
Serbuk kunyit
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak

Cara Penyediaan:

1) Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan  sehingga garing. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.

2) Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan-bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering kisar dan kacau-kacaukan sehingga agak garing dan pecah minyak.

3) Masukkan sos tiram dan madu, kacau-kacaukan lagi, perasakan dengan garam dan gula sekiranya perlu.

4) Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam telah digoreng tadi dan kacau-kacaukan biar sebati dengan kuahnya.

5) Kemudian masukkan buah tomato atau cili merah dan kacau sebati.

6) Apa bila sudah masak, angkat dan hidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook