ROTI

Resepi Roti Sardin Goreng

4:59 PTG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan-bahan:

10 keping roti (gardenia)
1 tin sardin (adabi) - asingkan kuah dan ikan
1 ulas bawang besar
3 biji cili api - dihiris kecil
Garam
Serbuk perasa (jika suka)
Sedikit serbuk kunyit
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Sedikit air asam limau
Air secukupnya
1 biji telur - dipukul

Cara Penyediaan:

1) Di dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, air asam limau, garam, serbuk perasa, telur dan air, kacau sehingga sebati.

2) Panaskan kuali masukkan 3 sudu besar minyak, tumiskan bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan ikan sardin, gorengkan sebentar kemudian hancur-hancurkan ikan sardin, seterusnya masukkan sedikit sahaja garam dan kuah ikan sardin. Masak sehingga kuah agak kering, angkat dan sejukkan.

3) Ambil sekeping roti, letakkan inti sardin tadi, kemudian letakkan sekeping lagi ke atasnya, seterusnya potong roti menyerong menjadikannya bentuk segitiga.

4) Kemudian panaskan kuali masukkan minyak masak (masukkan minyak masak lebih banyak untuk menggoreng roti), seterusnya celupkan roti ke dalam adunan tepung tadi sehingga menyalutkan semua bahagian, kemudian gorengkan sehingga roti kekuningan keemasan

5) Angakt dan toskan minyak, siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook