MAKANAN LAUT
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:
250g ketam - dibersihkan
1 ulas bawang besar - dihiris
1½ cawan santan kelapa (santan kotak juga boleh)
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
½ sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
½ sk serbuk perasa (jika suka)
Bahan kisar:-
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit
7 biji cili api hijau (boleh di tambah jika mahu lebih pedas)
Cara Penyediaan:
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan bahan kisar, serai, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan serbuk kunyit.
2. Masak selama 5-7 minit, setelah mendidih masukkan hirisan bawang besar (untuk rasa yang lebih sedap, petua mak mertua ni hee).
3. Siap, angkat dan hidangkan.
Selamat Mencuba
0 comments: