MAKANAN LAUT,

Resepi Ketupat Sotong | Mudah dan Sedap

3:17 PTG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan

Bahan-bahan:
1kg sotong (sederhana besar) - bersihkan
4 keping gula melaka - potong kecil

10 helai daun pandan
1 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat
Cungkil gigi
Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1. Basuh dan rendamkan beras pulut selama 1/2 jam, kemudian bersihkan sotong dengan membuang tulang, mata dan segala kekotoran pada sotong tersebut, toskan air.
2.  Toskan air rendaman beras pulut tadi kemudian sumbat 3/4 beras pulut tadi ke dalam bahagian badan sotong (jangan isikan beras pulut terlalu penuh sebab nanti sotong akan pecah apabila masak), kemudian cucuk dengan kemas menggunakan 2 batang pengcukil gigi secara bersilang bahagian kepala dan badan sotong tersebut.
3.  Susun daun pandan di dalam periuk sebagai alas, kemudian susun semua sotong ke dalam periuk dan masukkan 2 1/2 cawan santan sehingga menenggelam semua bahagian sotong. 
4.  Tutup periuk dan rebus sotong.    
5.  Apabila sotong hampir masak atau santan dah semakin kurang, masukkan 4 keping gula melaka yang telah dipotong-potong kecil tadi (kalau tak suka manis boleh kurangkan).
6.  Masak sehingga gula melaka cair dan kuah jadi pekat. 

7. Siap dan sedia dihidangkan.

0 comments:

Like Us On Facebook