AYAM

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

11:14 PG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan
Bahan-bahan:
  • 1 ekor  ayam saiz besar  - dipotong 8 bahagian
  • 1 biji telur (bahagian pitih sahaja)
  • 1 ½ cawan tepung serbaguna
  • 1 sk gula perang
  • 1 sk garam
  • Minyak masak
Bahan Rempah:
  • 1 sb paprika
  • 2 sk garam bawang
  • 1 sk serbuk cili
  • 1 sk lada hitam
  • ½ sudu teh garam saderi
  • ½ sk serbuk sage
  • ½  sk serbuk bawang putih
  • ½ sk rempah campuran
  • ½ sk oregano kering
  • ½ sk daun selasih kering
  • 1/2 sk kering marjoram
Cara Penyediaan:
  1.  Bersihkan ayam dan potong 8. Toskan air dan ketepikan.
  2. Kemudian campurkan campuran rempah dengan tepung, gula perang dan garam. Gaul rata dan ketepikan
  3. Celupkan ayam satu persatu ke dalam putih telur dan gaulkan rata. Kemudian masukkan ke dalam campuran rempah tepung tadi. Gaul rata agar tepung benar-benar melekat keseluruhan bahagian ayam.
  4. Biarkan kepingan ayam berehat selama 5 minit supaya ramuan tepung dan rempah ratus dapat meresap.
  5. Panaskan minyak. Pastikan goreng dengan minyak penuh untuk hasil yang cantik dan sedap.  
  6. Setelah masak, angkat ayam dan toskan.
Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook