AYAM
Bahan-bahan:
Resepi Sate Ayam | Mudah dan Sedap
![]() |
gambar hiasan |
1 ekor ayam - ambil daging sahaja dan potong dadu
3 batang serai
4 ulas bawang besar - potong 4
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 sb serbuk kunyit
1sk jintan putih
1 sk jintan manis
1 sk ketumbar
Gula
Garam
Serbuk perasa (jika suka)
Lidi sate secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas (kecuali daging ayam), gaul sebati bersama daging ayam dan perap selama 1/2 jam.
2. Bakar di atas bara api sederhana atau boleh bakar di dalam periuk ajaib (boleh ambil dua batang serai diketuk dan dicelup ke dalam minyak masak dan direnjis di atas sate sewaktu membakar).
3. Apabila masak boleh dihidangkan bersama kuah kacang.
Selamat mencuba
0 comments: