AYAM,
Resepi Sup Ayam Kampung
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung - dibersihkan dan dipotong mengikut kesesuaian anda
2 batang serai - dititik
2 tangkai daun sup - dihiris kecil
1 tangkai daun bawang - dihiris kecil
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng
Bahan tumbuk kasar:-
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
Cara Penyediaan:
1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan lada hitam. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.
5. Untuk hidangan taburkan sedikit bawang goreng.
Selamat Mencuba
0 comments: