MAKANAN LAUT
Singgang Ikan Tongkol Versi Terengganu
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ikan tongkol - dibersihkan dan dipotong
1 inci kunyit hidup - dihiris nipis
1 inci lengkuas - dihiris nipis
5 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
5 biji cili api merah atau cili hijau - diketuk
10 biji bendi - optional
Garam & perasa secukupnya
1.5 liter air
CARA-CARA PENYEDIAANNYA
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan kunyit, lengkuas, bawang putih, kunyit serbuk & ikan. Masak sehingga mendidih. Tambahkan asam keping.
2. Masukkan cili api merah/cili api hijau, garam & serbuk perasa.
3. Pastikan cukup masin & masamnya, bila sudah mendidih tutup api dan sedia dihidangkan.
*sekiranya dimakan bersama budu dan ditambah dengan asam limau lagilah menambahkan selera anda nyumm..
Selamat mencuba!
sumber : http://mamawandiha.blogspot.my/
0 comments: