SAYUR
Resepi Sayur Campur
gambar hiasan |
Bahan-bahan :
Brokoli - dipotong
Kobis bunga - dipotong
Lada bengala - dipotong dadu
Tauhu - dipotong
Lada merah - dipotong
Udang - dibuang kulit
Bawang putih - diketuk
Bawang besar - dihiris
1 sb sos tiram
Garam
Gula
Serbuk perasa (jika suka)
Air - sedikit sahaja
Minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Goreng udang sehingga separa masak, ketepikan.
2. Panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bawang putih yang diketuk tadi sehingga garing.
3. Masukkan semua sayur kecuali tauhu, udang dan bawang besar, kemudian masukkan sos tiram, masukkan air sedikit.
4. Seterusnya masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa, gaul rata, masukkan tauhu, udang dan bawang besar kacau seketika.
5. Biarkan air mereneh seketika dalam sayur sehingga air mengering dan angkat.
6. siap dan sedia dihidangkan.
Selamat Mencuba
0 comments: