IKAN,

Resepi Sup Kepala Ikan Merah

8:41 PG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan-Bahan:

1 ketul kepala ikan Merah 
2 biji cili merah - dihiris nipis
2 biji tomato - dibelah dua
3 labu bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai - diketuk
1 keping tauhu - dipotong dadu kecil
Sedikit garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
1 bunjut sup ikan Adabi


Cara Penyediaan:

1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai, sup bunjut ikan dan cili ke dalam periuk.

3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam. 

4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.

5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.

6. Siap dan boleh dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook