Masakan Barat
Resepi Macaroni Cheese
Bahan-bahan:
300gram makaroni
6 batang sosej - dipotong nipis
3 sb butter (mentega)
3 keping cheddar cheese
Susu segar secukupnya
2 sb
tepung gandum
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak / minyak zaitun
Cara Penyediaan:
1. Didalam periuk rebus makaroni di dalam air mendidih, letak sedikit minyak masak / minyak zaitun (untuk elakkan makaroni melekat), setelah lembut toskan air. Ketepikan.
2. Di dalam kuali, masukkan mentega dan sosej, gorengkan sebentar sosej tersebut kemudian masukkan susu segar, tepung gandum, kemudian kacau sehingga sebati.
3. Masukkan cheddar cheese dan kacau lagi sehingga cheddar cheese larut dalam kuah tersebut (kalau terlalu pekat tambahkan susu segar), kemudian masukkan serbuk lada hitam (boleh tambahkan oregano sekiranya suka) dan perasakan dengan garam.
4. Akhir sekali masukkan makaroni dan kacau sehingga sebati dan masak.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
0 comments: