Masakan Barat

Resepi Fettucine Carbonara

9:33 PG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan-bahan:

100gm fettucini
1 tin sos carbonara
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 cawan isi ayam
Air secukupnya (boleh sukat menggunakan tin carbonara)
1 tin cendawan butang - dihiris
1 sk mixed herbs
1 sk serbuk lada hitam
2 sb minyak zaitun
2 keping cheddar cheese (optional)
Garam

Cara Penyediaan:

1. Didihkan air dalam periuk, letak garam, masukkan sedikit minyak zaitun dan masukkan fettucine, rebus hingga lembut, toskan. Ketepikan.

2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar dan bawang putih tumis hingga layu dan masukan cendawan.

3. Masukkan pula sos carbonara dan air dan dikacau rata, kemudian masukkan cheddar cheese dan isi ayam, masak hingga kuah pekat dan isi ayam masak. Masukkan mixed herbs, serbuk lada hitam dan perasakan dengan garam. 

4. Untuk cara hidangan letakkan fettucunie di dalam pinggan kemudian tuangkan sos carbonara ke atas fettucini.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook