AYAM
Resepi Ayam Halia Chinese Style
Bahan-bahan:
500 gram ayam - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 cm halia - dihiris halus memanjang
1 sb kicap cair
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 tangkai daun bawang - dihiris panjang
1 1/2 sk tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Minyak masak
Sedikit lada sulah
Sedikit garam dan kunyit
Garam dan gula - secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh
masak. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan
tumiskan bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang
digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada sulah. Kacau
sebentar.
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati
dan pekat. Tambah sedikit lagi air sekiranya terlalu pekat.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit
sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
0 comments: