Kuih Muih
Resepi Seri Muka Pandan
Bahan Lapisan Atas:
1 cawan santan
1 cawan air daun pandan
Telur sebiji
Gula secukup rasa
5 sb tepung gandum
Secubit garam
Bahan Lapisan Bawah:
1 1/2 cawan pulut - direndam 2 hingga 3 jam
1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Cara Penyediaan:
1) Kukus pulut bersama santan cair dan garam sehingga pulut masak, letakkan ke dalam loyang dan tekan pulut hingga padat.
2) Untuk lapisan atas, kacaukan semua bahan dengan sehingga sebati dan rata,
kemudian masukkan lapisan atas secara perlahan-lahan ke dalam loyang berisi pulut tadi.
3) Seterusnya kukus hingga masak dengan api sederhana, masak dalam masa 20 minit, angkat dan sejukkan.
4) Potong mengikut kesesuaian anda dan dihidangkan.
Selamat Mencuba
0 comments: