Kerabu Suhun
Bahan-bahan:
1 paket suhun - diredam
6 ekor udang segar - direbus, kupaskan kulit
2 ekor sotong - dihiris bulat
1 biji cili merah
3 biji cili api
1 ulas bawang besar
2 sb sos ikan
2 sb sos sotong
Sedikit serbuk perasa
2 biji jus limau kasturi
Daun bawang
1 bili tomato
Lobak merah - dihiris
Cara Penyediaan:
1) Rebus sotong, dan udang sehingga masak dan dipotong.
2) Potong bawang merah, cili merah, cili api, daun bawang dan tomato.
3) Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau kasturi, serbuk perasa.
4) Gaul semua bahan tadi sehingga sebati.
5 Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
0 comments: