KERABU

Kerabu Pucuk Paku Ulam Raja

11:35 PG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan-bahan:

1 cekak daun ulam raja - dihiris
1 biji bawang besar - dimayang
1 biji jus limau nipis 
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1 cawan kelapa parut 

Bahan tumbuk:

2 sb ikan bilis - digoreng tanpa minyak sebentar
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan

Cara Penyediaan:

1. Daun ulam raja dihiris halus. 

2. Tumbuk bahan tumbuk sehingga lumat, masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi sehingga separa lumat.

3. Campurkan kesemua bahan yang dihiris di dalam satu bekas. Campurkan bahan-bahan tumbuk tadi.

4. Perahkan jus limau dan perasakan garamnya, seterusnya gaul sehingga sebati.

5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook