LAKSA
Resepi Laksa Kedah
Bahan-Bahan:
2 bungkus laksa (kering) – direbus sehingga lembut
10 ekor ikan kembung
10 ekor ikan selayang / ikan sardin
20 keping asam gelugor
30 biji bebola ikan - dibelah dua
1 ikat daun kesom
3 kuntum bunga kantan
Garam
Perasa
Bahan Kisar (A):
2 biji bawang besar
3 inci belacan bakar
4 sudu makan cili kering kisar
Bahan Ulam:
1 ikat daun selom - di hiris
1 biji timun - dihiris kecil memanjang
Daun salad - dihiris
10 biji cili api - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dimayang nipis
Telur – direbus dan dibelah dua
Limau Kasturi - dibelah dua
Cara Penyediaan:
1) Semua Ikan dibuang kepala dan ekor, dibersihkan,
kemudian masukkan ikan ke dalam periuk, masukkan air sehingga paras untuk
menenggelamkan ikan sahaja, kemudian masukkan 10 keping asam gelugor dan rebus
ikan hingga mendidih dan ikan masak. Sejukkan.
2) Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan
dimasukkan ke dalam mesin pengisar, kemudian masukkan air hingga 3/4 penuh.
Kisarkan sehingga halus.
3) Tapiskan air rebusan ikan tadi (simpan tulang
ikan), masukkan ke dalam periuk, kemudian masukkan ikan kisar ke dalam periuk
yang sama.
4) Masukkan tulang ikan rebus dan air sehingga 3/4
penuh ke dalam mesin pengisar, kemudian kisarkan sehingga halus, tapiskan air
tulang yang dikisar tadi, tulang ikan dibuang dan air tulang ikan dimasukkan ke
dalam periuk tadi.
5) Masukkan semua bahan kisar (A) ke dalam periuk,
kemudian tambahkan air sebanyak 3/4 penuh pengisar ke dalam periuk.
6) Masukkan 8 keping asam gelugor (tambah sekiranya
tidak mencukupi), seterusnya masak sehingga mendidih.
7) Masukkan daun kesom, bunga kantan dan fishball,
kemudian masak lagi mendidih, masukkan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau
rata.
8) Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
0 comments: