KUEY TEOW

Resepi Kuey Teow Kungfu

3:34 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan A:

500 gm kuey teow
5 biji telur - dipukul
1 sb tepung jagung
Minyak masak


Bahan B:


100 gm udang basah – dibuang kulit
50 gm ayam – dipotong dadu
1 biji panjang fish cake - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - dicincang
100 gm brokoli - dipotong
100 gm bunga kobis - dipotong
100 gm carrot - potong kecil dan panjang
5 tangkai baby corn
3 sudu besar minyak masak
2 sb tepung jagung 
1 cawan air  bancuhkan
1 kiub ayam

2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam dan sedikit gula
pati kiub ayam (jika mahu)


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit (untuk satu pinggan) hingga agak garing dan ketepikan.


2. Pukul telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung, kemudian panaskan kuali masukkan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat, ketepikan.


3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.


4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.


5. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.


6. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.


7. Tuang kuah ke atas mee dan sedia untuk dihidangkan.



Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook