SUP
Resepi Sup Ikan Merah
Bahan-bahan:
1 kg ikan merah - dicuci, toskan air
4 cawan air
Minyak masak
Bahan tumbuk:
1 sudu besar lada sulah / putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan Tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
Bahan hiasan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cara Penyediaan:
1) Ikan dipotong 5 bahagian.
2) Panaskan kuali masukkan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumis, kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumiskan sehingga naik bau.
3) Masukkan air, biarkan mendidih, seterusnya masukkan ikan dan kacau rata
(tambah air lagi jika perlu) kemudian masukkan garam dan perasakan.
4) Setelah mendidih, tutup api dan hidangkan, kemudian taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Selamat Mencuba
0 comments: