Manisan

Resepi Pulut Mangga | Gebu dan Sedap

3:35 PTG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan
Jumlah Hidangan : 5 orang
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan Pulut Mangga

· 400 gram beras pulut - rendam semalaman
· 1 cawan santan pekat
· 1 cawan santan cair
· 2-3 sb gula
· Sedikit garam
· Beberapa helai daun pisang
· 2 sb bijan - disangai
· 3 biji buah mangga - potong ikut kesesuaian anda

Bahan Kuah Santan:

· 1 cawan santan pekat
· 1 sk tepung beras - bancuh dengan sedikit air
· 1 helai daun pandan - carik dan simpul
· 1/2 garam atau secukup rasa

Cara Penyediaan Pulut:

1. Panaskan pengukus, lapik dulang pengukus dengan daun pisang susun rapat-rapat.

2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya, masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.

3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

4.  Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.

5.  Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara-cara Penyediaan Kuah Santan:

1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung, kemudian kacau supaya santan tidak berketul, (Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung).

2. Pastikan kuah rasa agak masin supaya rasanya agak seimbang. Angkat dan sejukkan.

sumber : iresepi.com





0 comments:

Like Us On Facebook