Kuih Muih,

Resepi Popia Crab Stick | Mudah dan Sedap

9:38 PG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan
Bahan-Bahan:


1 paket crab stick (jejari ketam)
1 biji bawang besar (merah) - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dihiris
3 genggam taugeh - cuci dan toskan air
1 batang lobak - dipotong kecil dan memanjang
2 sb besar udang kering - ditumbuk halus
Telur - bahagian putih sahaja
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Kulit popia secukupnya
Minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Rebuskan crab stick tu lebih kurang dalam 2 minit kemudian potongkan 2 dua bahagian (atau mengikut kesesuaian anda) dengan menggunakan gunting dan buangkan plastiknya.
2. Panaskan kuali masukkan 2 sb minyak, masukkan bawang besar (merah), bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan udang kering, tumiskan sehingga naik bau lagi dan masukkan taugeh, lobak gorengkan sehingga sedikit layu, masukkan garam dan perasa kemudian tutup api dan sejukkan sebentar.
3.  Letakkan bahan yang telah digoreng tadi di atas kulit popia, kemudian letakkan crab stick, gulungkan dengan kemas dan gamkan dengan telur putih.
6. Panaskan kuali dan masukkan minyak dan goreng sehingga masak. Sedia untuk dinikmati bersama sos cili.
*Boleh tambahkan keju di dalam popia anda sekiranya suka.

Bahan-bahan Sos Cili:

10 biji cili kering - buang biji, cuci, rebus dan dikisar
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 sb penuh cuka makan
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
Sedikit perasa (jika suka)
1 sk tepung jagung + 1/4 cawan air - dikacau
Sedikit bijan - disangai

Cara Penyediaan:

1.  Kisar cili kering, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula, perasa dan sedikit garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. 

2.  Kecilkan api dan masak sekejap lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. Kacau rata dan masak hingga pekat. 

3.  Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia tadi.

0 comments:

Like Us On Facebook