SNEK

Resepi Cucur Ikan Bilis | Gebu dan Sedap

8:57 PG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan
Bahan-Bahan:
Tepung kek (naik sendiri) – 3 cawan
3 sb nasi sejuk - dikisar 
Bawang besar (merah) sebiji – dipotong dadu
1 sb ikan bilis – cuci dan toskan air
Daun sup - dihiris
1 biji cili api - dikisar
1/2 batang lobak - dipotong dadu
1/2 cawan air
Garam (setengah sudu kecil)
Sedikit perasa (jika suka)

Cara Penyediaan:

1. Kisar kasar nasi sejuk, cili api bersama 1/2 cawan air, kemudian campurkan nasi yang telah dikisar tadi bersama tepung kek, bawang besar (merah), lobak dan daun sup – gaul sekata.
2. Masukkan ikan bilis (samada boleh digorengkan dahulu ataupun tidak), garam dan perasa - gaul dengan sebati.
3. Tambahkan air sekiranya terlalu likat (jangan terlebih air, nanti adunan cair, susah pulak nak masukkan dalam kuali masa nak goreng nanti).
4. Panaskan kuali masukkan minyak dan menggunakan sudu, ambik adunan dan masukkan dalam kuali.
5. Tunggu hingga ia sedikit kekuningan, angkat dan toskan.
*Tujuan masukkan nasi yang dikisar adalah bagi melembutkan lagi cucur kita tu.

0 comments:

Like Us On Facebook