KUAH

Resepi Kuah Kacang | Lemak Berkrim

12:25 PTG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan


Bahan-bahan:


3 cawan kacang tanah - digoreng dan tumbuk kasar
3 sb santan pekat

Air asam jawa 
Garam
Gula
Gula perang
Sedikit serbuk perasa (jika suka)
2 batang serai - diketuk 
Minyak masak

Bahan kisar - 

Cili kering 1 genggam - potong, cuci dan rebus dahulu

4 ulas bawang merah 
2 inci lengkuas 

1 labu bawang putih 
1/2 cawan udang kering 
2 serai batang 


Cara Penyediaan:

1.  Panaskan kuali masukkan (lebih kurang 10 sudu besar) minyak, tumiskan bahan kisar.

2.  Masukkan serai yang diketuk tadi, kemudian setelah betul-betul pecah minyak masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk.

3.  Masukkan garam, gula, gula perang dan serbuk perasa, kemudian masukkan santan pekat untuk menambahkan rasa kuah yang lemak berkrim.

4.  Sekiranya kuah agak kering tambahkan sedikit sahaja air dan tunggu sehingga mendidih.

5.  Siap untuk dihidangkan bersama nasi himpit atau sate.

Selamat mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook