MEE

Resepi Mee Kuah Lada Hitam | Mudah dan Sedap

4:12 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-Bahan:

500gm mi kuning
3 biji bawang merah - dicincang
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
100gm ayam - dihiris nipis
6 ekor udang
20gm lobak merah
20gm kubis
20gm sawi
1 ½ sb sos lada hitam
1 ½ sb lada hitam
2 sb ikan bilis - ditumbuk
100ml air
60ml cawan kicap manis
Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali masukkan sedikit minyak masak, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.

3. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.

4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook