MEE

Resepi Mee Sizzling | Mudah dan Sedap

3:19 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:

2 gulung yee mee - dicelur sebentar
Daging ayam - dipotong kecil
4 biji cendawan butang (shitake)
5 tangkai cili kering - dipotong 1 inci
3 inci halia - diketuk
5 ulas bawang putih - dicincang
5 batang sayur sawi - dipotong kecil
4 sb kicap pekat
4 sb sos tiram
3 cawan air
Telur - digoreng menjadi telur mata
1 sb tepung jagung - dibancuh bersama sedikit air
Serbuk lada hitam
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
 
1. Panaskan kuali masukkan minyak masak, masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

4. Masukkan air secukupnya dan air bancuhan tepung jagung, sayur sawi dan perasakan garam secukup rasa dan biarkan sehingga mendidih.

5. Letakkan yee mee ke dalam pinggan yang sesuai (cara hidangan untuk seorang), letakkan telur mata di atas yee mee dan tuangkan kuah panas-panas ke atas yee mee.

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba


0 comments:

Like Us On Facebook