MAKANAN LAUT

Resepi Udang Goreng Butter | Mudah dan Sedap

12:24 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-Bahan:
5 ekor udang besar (harimau)
125 gram butter (mentega)
6 biji telur (kuning sahaja)
5 tangkai cili kering - dihiris halus
5 helai daun kari
Serbuk perasa (jika suka)
Minyak masak secukupnya


Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali masukkan minyak yang banyak dan goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan toskan. 

2. Panaskan butter dan minyak dalam kuali kemudian masukkan telur kuning dan kacau perlahan-lahan sehingga telur menjadi bertali.


3. Kemudian masukkan cili kering, daun kari serta serbuk perasa secukupnya.


4. Masukkan udang kacau dengan rata.

5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook