AYAM

Resepi Ayam Blackpepper

12:18 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:
1 /2 ekor ayam - bersihkan dan dipotong sederhana besar
2 biji kentang - dipotong baji
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sb lada hitam (biji)
Garam dan serbuk perasa
1 sk gula
3 sb cili sos
2 sb sos tiram
1/2 cawan kicap
3 sudu minyak masak
1 biji bawang holand - hiris bulat
4 biji cili besar - dibelah dua
10 tangkai cili api - diketuk
1 biji tomato - belah empat
Air secukupnya


Cara Penyediaan:

1) Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam, kemudian panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau.

2) Masukkan sos cili dan sos tiram, masukkan pula kicap kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.

3) Masukkan sedikit air, kemudian masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan gula seterusnya masak sehingga ayam empuk (tambahkan air sekiranya ayam masih tidak masak dan empuk).

4) Masukkan kentang, setelah agak pekat masukkn cili besar, bawang holand, cili padi dan tomato. Gaul lagi sehingga masak.

5) Tutup api dan angkat, siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook