MAKANAN LAUT

Resepi Sotong Goreng Tepung | Mudah dan Rangup

12:53 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:

300 gram sotong putih
1 ulas bawang putih
1 sb cuka makanan / cuka epal
1 sk serbuk lada sulah
Garam

Cara Penyediaan:

1) Basuh dan potong sotong putih, toskan air.

2) Masukkan ke dalam satu bekas, kemudian masukkan bawang putih.

3) Masukkan 1 sudu cuka dan gaul rata (kegunaan cuka makanan adalah untuk mengeluarkan air di dalam badan sotong dan dapat kurangkan letupan sewaktu anda menggoreng nanti).

4) Masukkan serbuk lada sulah, Masukkan garam sedikit dan ratakan semua selama 10 minit. Ketepikan.

Bahan salutan:

1 biji telur
5 sb tepung serbaguna / tepung goreng rangup
5 sb tepung jagung
Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan:

1) Pukul 1 biji telur (sekejap sahaja).

2) Campurkan tepung serbaguna dan tepung jagung ke dalam satu bekas.

3) Panaskan kuali masukkan minyak masak (pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng).

4) Celup sotong perapan ke dalam telur dan kemudian terus ke dalam tepung. Pastikan sotong di salut luar dan dalam.

5) Goreng sotong sehingga kekuningan (jangan goreng sotong terlalu lama untuk elakkan sotong menjadi liat).

6) Angkat dan toskan minyak, siap dan sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Like Us On Facebook