Masakan Barat

Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

4:15 PTG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan

Bahan-Bahan: 
500 gm spaghetti
1 kg makanan laut (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dicincang)
3 sb chili flakes
3 sb oregano flakes
3 sb parsley flakes
1 sk lada hitam
1 sk garam
1 kiub pati ayam


Cara Penyediaan:
1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan, kemudian di dalam periuk lain, rebus makanan laut sehingga hampir masak dan toskan, simpan air rebusan seafood ini.
2. Panaskan kuali masukkan minyak zaitun, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan (sekejap sahaja), seterusnya masukkan 1 senduk air rebusan makanan laut.
3. Masukkan serbuk oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
4. Masukkan spaghetti dan makanan laut yang telah direbus tadi, kemudian kacau hingga sekata.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook