Kuih Muih

Resepi Karipap Telur Rebus | Mudah dan Sedap

9:37 PG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan


Bahan kulit karipap:

500 gram tepung gandum
2 sudu minyak masak - dipanaskan
1 1/2 cawan air - dicampur garam

Cara Penyediaan:

1. Di dalam satu bekas masukkan tepung bersama minyak masak tadi, kacau dengan sudip ketika minyak masih panas dan bila minyak sudah sejuk boleh menguli menggunakan tangan.

2. Uli doh dengan cara masukan air sedikit demi sedikit yang sudah di campur garam tadi, seterusnya kuli sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan dan biarkan sekejap lebih kurang 15 minit.

3. Uli lagi kemudian bentukkan menjadi bulat-bulatan sebelum dicanai untuk dimasukan inti. agar kulit karipap rangup semasa menguli mesti pastikan tidak menggunakan air berlebih. 

4. Pastikan memasukkan air sedikit demi sedikit kerana sukatan air dalam resepi ini bergantung pada doh yang kita kuli dan ketepikan, seterusnya proses memasak intinya pula.


 Bahan-bahan inti:

5 biji kentang @ keledek (oren) – dipotong dadu
200g daging / ayam – dicincang / dipotong kecil
1 tangkai daun kari  
Daun sup - dicincang halus
2 biji telur - direbus dan di belah 6 / potong dadu
2 1/2 sudu besar kari ayam / daging - bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Garam
Gula
Minyak masak

Cara Penyediaan:

1) Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan kuali masukkan minyak masak , kemudian tumiskan bahan kisar tadi dan juga daun kari sehingga naik bau.

2) Masukkan pes kari dan kacau rata, kemudian masukkan kentang @ keledek, ayam @ daging, air dan garam secukup rasa, masak sehingga kentang empuk dan ayam @ daging masak dan air kering, tutup api dan taburkan daun sup, ketepikan.

3)  Apabila inti telah sejuk, mulakan proses mencanai, asingkan daun kari dan juga tulang-tulang ayam jika ada, seterusnya masukkan inti kentang dahulu dan masukkan telur rebus, untuk kelim karipap tidak terbuka semasa menggoreng sapu bahagian kelim dengan air masak dan agar karipap yang kita buat menjadi rangup, TIPS: mesti menggunakan minyak yang banyak semasa menggoreng. 

5) Selain itu gunakan api sederhana sahaja dan rajin balik-balikan karipap dalam kuali, bila anda gunakan api besar karipap hanya akan masak di luar tetapi menjadi liat di sebelah dalam.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook