Kuih Muih

Resepi Cucur Badak

10:28 PG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan

Bahan-Bahan:
Bahan Inti –
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering - direndam dan kisar
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sk serbuk kunyit
2 sb gula
½ sk garam
2 sb minyak masak


Cara Penyediaan:
1. Panaskan kuali masukkan minyakmasak, kemudian masukkan semua bahan yang telah dikisar, masak sehingga mendidih.
2. Masukkan kelapa parut, kacau rata, tutup api dan ketepikan.
Bahan Doh –
250 gram keledek - direbus dan lenyek
3 ½ sb tepung gandum
½ skgaram
½ kg minyak masak 

Cara Penyediaan:
1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh, kemudian tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola pingpong, seterusnya letakkan inti di tengah-tengahnya.
3. Seterusnya panaskan kuali masukkan minyak masak
4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan, kemudian angkat dan toskan minyak.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook