Kuih Muih

Resepi Pancake | Mudah dan Sedap

8:30 PG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
4 sb mentega
2 sb jus lemon
4 sb gula kastor
3 sk baking powder
2 biji telur
1 sk garam
1 1/2 cawan susu segar
Madu

Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega (jangan sampai hangus).
2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di cairkan.
4. Dalam mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
5. Kemudian tuang adunan basah ke dalam mangkuk yang berisi bahan kering, kemudian kacau hingga sebati.
6. Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan ke atas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
7. Masak sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian.
8. Siap dan boleh dihidangkan bersama madu atau susu.
Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook