SNEK

Resepi Kacang Pool

8:38 PG mridzuanismail86 0 Comments

gambar hiasan

Bahan-Bahan:
1 tin kacang panggang 
400gm daging kisar 
2 sb minyak sapi atau mentega
1 sb serbuk kari daging
1 biji bawang holland - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
Garam
Gula 
Air secukupnya

Bahan Hiasan –
1 batang cili merah / hijau
Daun sup - dihiris
Telur mata (separuh masak)

Cara Penyediaan:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi atau mentega hingga cair, kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau, seterusnya gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya sekiranya inginkan berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak.
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.
Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook