AYAM,

Resepi Pai Ayam | Mudah dan Sedap

10:20 PG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-bahan:

3 biji kentang
1/4 kiub ayam
1/4 cawan susu segar
1 tiub ayam kisar (Ramly)
1/2 botol sos speghetti (Adabi)
2 sb cili sos
Garam
Serbuk lada sulah secukupnya
1/2 bawang holland - dipotong dadu
Cheese mozarella - disagat


Cara Penyediaan:
1. Rebus kentang, kemudian lenyek kentang, masukkan kiub ayam, lada sulah dan susu segar. Ketepikan.


2. Gorengkan bawang holland, kemudian masukkan ayam kisar dan gorengkan sebentar, seterusnya masukkan sos speghetti, sos cili dan garam secukup rasa.

3. Masukan ayam ke dalam loyang (bulat), kemudian ratakan kentang di atasnya dan tabur cheese mozarela.

4. Bakar hingga cheese mozarela cair lebih kurang dalam masa 5 minit sahaja. (tak perlu bakar terlalu lama sebab semua bahan telah dimasak).

5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook