DAGING

Resepi Gulai Kawah Daging Kelantan

9:38 PG mridzuanismail86 0 Comments



Bahan-bahan:



Daging 1/2 kilogram - dipotong kecil

Santan 1 biji kelapa atau 1/2 santan kotak
3 sb rempah kari ayam dan daging (Babas)
2 sbcili kisar 
2 keping asam keping 
1 sb kerisik 
2 biji kentang - dipotong baji
Garam secukup rasa 
Nisan atau gula melaka secukup rasa 
Air secukupnya 
Sedikit minyak masak untuk menumis 


Bahan Tumis:-



2 batang kulit kayu manis 

2 biji buah pelaga 
2 biji bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
2 labu bawang merah besar - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 biji Cili hijau - dikisar


Cara Penyediaan:



1) Tumis bahan yang dikisar didalam periuk hingga naik bau. Kemudian, masukkan ciliboh dan diikuti rempah kari Babas. Tumis lagi hingga garing. Bolehla masukkan daging 



2) Rebus daging hingga 3/4 empuk (anggaran 30-40minit) dengan api kecil. Kalau tak cukup empuk, masukkan lagi air. 



3) Bila dah cukup empuk, bolehla masukkan santan dan bahan-bahan lain seperti asam keping, garam, kerisik dan gula melaka. Kacau biar sebati. 



4) Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang yang dipotong kecil. Biarkan masak dengan menggunakan api kecil. Gulai bolehlah di kacau sekali-sekali. 



5) Masak lagi hingga kentang empuk dan rasakan kuah. Siap.. 



Selamat Mencuba


0 comments:

Like Us On Facebook