AYAM

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai | Mudah Dan Sedap

2:57 PTG mridzuanismail86 0 Comments

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Mudah Dan Sedap

  • 2 keping dada ayam - hiris kecil
  • 4 biji cili padi merah - diketuk
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

  • 2 biji putik jagung - dihiris
  • 2 tangkai kacang panjang - dihiris pendek
  • bunga kobis - dipotong kecil
  • 1/2 biji karot - dihiris memanjang


Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai


Cara Penyediaan:

1) Panaskan minyak masak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan, selepas tu toskan dan ketepikan.

2) Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum, kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

3) Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato kemudian kacau rata, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

4) Masukkan serai, air, dan daun limau purut, masukkan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata, kemudian masukkan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

5) Akhir sekali, bila dah masak angkat dan boleh hidangkan bersama nasi puitih panas atau nasi goreng.



Ayam Masak Paprik Ala Thai

Selamat Mencuba 

sumber : www.blogopsi.com

0 comments:

Like Us On Facebook