AYAM

Resepi Ayam Masak Halia | Mudah Dan Sedap

3:15 PTG mridzuanismail86 0 Comments

Bahan-bahan:


  • 300 gram dada ayam - dipotong kecil 
  • 8 biji cili padi - diketuk 
  • 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
  • 3 ulas bawang merah - diblender 
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dicerai 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia - dihiris nipis 
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala  - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula

Cara Penyediaan:


Resepi Ayam Masak Halia Berkuah

1. Ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.

2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah namapak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit. tumis bahan yang tealh ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.

3. Kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan. masukan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.

4. Bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan. masukan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda

5. Akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutp api dan hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaappp!


Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook