NASI
Resepi Nasi Beriani Kambing
BAHAN-BAHAN:
1 kg Beras Basmathi.
2 sudu besar Minyak Sapi.
2 sudu besar Minyak Masak.
2 ulas bawang labu sederhana besar - dihiris halus.
1 batang kulit kayu manis yang besar.
3 biji buah pelaga.
2 kuntum bunga lawang.
5 kuntum bunga cengkih.
8 biji buah jagus dan sedikit buah kismis.
2 helai daun pandan - disimpulkan.
Daun ketumbar dan bawang goreng untuk ditaburkan di atas nasi.
2 cili merah hidup - dibelah dua memanjang.
1/2 tin sup tomato (saya guna jenama kimball)
2 sudu besar tomato puree.
1 tin susu sejat/cair.
BAHAN UNTUK DIKISAR:
3 biji bawang labu sederhana besar.
6 ulas bawang putih + 1 inci halia* sila rujuk posting cara penyediaan pes halia bawang ptih. Gunakan 1 sudu besar pes ini.
1 sudu besar gula pasir. Terbaik adalah gula batu* kerana gula batu tidak mudah hanguskan nasi dibawah.
2 sudu besar (tbsp) REMPAH BERIANI.
Garam secukup rasa.
CARA-CARA PENYEDIAANYA:
1) Sukat beras dengan menggunakan cawan. Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan aka air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan masak nasi nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.
2) Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah. Beras ini perlu rendam 1-2 jam dalam air. Tetapi mamak suka rendam beras yang telah dibasuh ini 5-7 minit dalam air panas dan toskan segera akan membawa hasil nasi yang berderai cantik. Jangan lupa toskan dengan menggunakan penapis.
3) Hidupkan api dapur atau rice cooker. Apabila mula panas, masukan minyak masak diikuti dengan Minyak sapi. Ia bertujuan minyak sapi tidak terbakar (Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan masak beriyani ini tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu dengan minyak masak.
4) Bila minyak mula panas masukan rempah kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang, cengkih, daun dan serai.Masukan bawang dihiris dan goreng sehingga warna keemasan, masukkan biji jangus dan kismis, diikuti dengan, pes halia bawang putih dan cili merah. Bila semua bahan ini mula pecah minyak, masukkan air bawang yang telah kisar. Biarkan aair bawang ini sejat sedikit. Akhir sekali masukkan rempah beriani. Adunkan semua rempah ini. Jangan sampai rempah ini hangus. Beri perhatian kawalan api dapur.
5) Apabila gorengan mengeluarkan bau haruman dan pecah minyak, segera masukan air yang telah disukat awal kedalam adunan rempah ini.Diikuti oleh susu cair,tomato puri,tomoto sup. Masukkan gula dan garam secukup. Tutup tudung periok dan perlu tunggu untuk air mendidih. Bila air mendidih, masukan beras yang telah tos kedalamnya. Kacau rata-rata dengan cermat supaya butiran beras tidak hancur. Tutup tudung periok rapat supaya wap nasi dapat disekat.
6) Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap mula keluar akan menandakan nasi dah mula sejat. Buka tudung dan titiskan perwarna (serbuk) oren merah di tempat yang mengeluarkan gelumbung wap (supaya warna akan menyerap ke permukaan bawah nasi). Titiskan pewarna tiga atau empat tempat sudah memadai untuk mendapatkan butir nasi yang berwarna. Dengan menggunakan sudip terbalikan nasi permukaan diatas kebawah supaya nasi masak sama rata.
7) Ini adalah peringkat terakhir nasi beriani anda masak, maka api dapur perlu dikawal dengan baik (kecilkan) untuk mengelak dari nasi akan hangus. Tutup tudung periok rapat atau gunakan daun pisang untuk menutup bahagian atas permukaan nasi supaya keharuman dan wap disekat untuk nasi itu masak sempurna. Nasi yang hangus dipermukaan bawah menghilangkan keharuman rempah. Biar lamabat asal selamat nasi beriyani anda. Hidangkan dengan taburkan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
p/s:
1) Beras 1 kg ini - anggaran untuk 8-10 orang dewasa.
2) Masa Masakan 45 minit. Sekiranya anda ingin nasi beriyani anda rasa ayam, masukkan 2 atau tiga ketul ayam kedalam periok semasa air dimasukkan. Ia akan memberi kelazatan kepada rasa nasi tersebut. In shaa Allah.
Selamat mencuba.
sumber : balannambiar.wordpress.com
0 comments: