MEE

Resepi Mi Hong Kong | Mudah dan Sedap

2:43 PTG mridzuanismail86 0 Comments


Bahan-Bahan:

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang - dibuang kulit
80gm sotong - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang halus
3 sb cili kering kisar
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 tangkai daun sup - dihiris
50gm sawi - dihiris
40gm kobis - dihiris
30gm kobis bunga - dihiris
40gm lobak merah - dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan kuali masukkan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kering kisar dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

Selamat Mencuba

0 comments:

Like Us On Facebook