MAKANAN LAUT
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
300g udang
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
4 biji cili api hijau (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
1 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - dicarik
1 kotak santan (kotak)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
3 batang kacang panjang (optional)
Cara Penyediaan :
1) Kisarkan bawang putih, bawang merah, kunyit,
cili api.
2) Masukkan santan dan bahan kisar dalam periuk, gaul sebati, kacau
santan dengan kerap bagi mengelakkan pecah santan.
3) Bila santan sudah mendidih,
masukkan udang, asam keping dan daun kunyit.
4) Tambahkan sedikit sahaja air (untuk kuah lebih pekat).
5) Letak garam secukup rasa, kacau lagi sehingga masak
6) Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!
0 comments: