SUP
Resepi Sup Tulang
Bahan-bahan:
1 kg tulang lembu - dibersihkan dan ditos
1 bunjut rempah sup tulang
6 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
1 inci lengkuas - dipotong kasar
1 batang serai - diketuk
Garam
Serbuk perasa (jika suka)
Bahan hiasan:
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili padi
Asam limau nipis
Cara Penyediaan:
1) Panaskan kuali masukkan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bauk, kemudian masukkan halia dan lengkuas. Kacau sebentar.
2) Masukkan bunjut rempah sup, kacau sebentar, seterusnya masukkan tulang lembu, masakkan tulang sambil dikacau hingga air tulang keluar. Masak hingga airnya hampir kering. Baru masukkan air secukupnya.
3) Masukkan serai, kemudian tutup periuk dan rebus. Bila tulang hampir empuk baru masukkan garam. Tambah air jika perlu dan rebus lagi hingga tulang empuk.
4) Bila sudah empuk, tutup api dan hidangkan sup bersama bahan hiasannya.
Selamat Mencuba
0 comments: